Tuesday, October 15, 2013

Ternakan Murai Cerang






Murai Cerang yang mula dijinakkan sejak empat bulan lepas. Murai ini gemar mandi dan bermain air. Burung ini biasanya akan mandi pada sebelah pagi. Oleh itu air dalam bekas hendaklah ditukar setiap hari. Burung ini akan mandi apabila ternampak air yang bersih. Burung ini juga gemar berkicau pada sebelah pagi. Burung ini boleh meniru pelbagai jenis bunyi burung lain dan haiwan lain seperti kucing ,ayam dan sebagainya. Murai Cerang mempunyai suara yang merdu. Setiap seminggu sekali cengkerik akan diberikan agar burung ini lebih sihat. Cengkerik merupakan makanan kegemaran burung ini.

No comments:

Post a Comment