Saturday, March 2, 2013

Burung Tempua

Inilah Burung Tempua yang terkena pukat. Burung tempua (Ploceus philippinus) juga dikenali dengan nama cak raya, ciak raya dan ciak tempua. Burung tempua jantan mempunyai kepakaran dalam menganyam sarang yang dibina tergantung pada bahagian hujung ranting/daun pokok besar. Bagi burung tempua jantan ketelitian dan kekemasan sarang yang dianyam sangat diutamakan kerana ia adalah satu-satunya cara burung spesis memikat pasangan. Jika ia tidak berpuas hati dengan anyaman, sarang yang dalam proses untuk disiapkan akan dijatuhkan ke tanah. Tempua jantan akan menganyam sarang lain yang lebih baik. Sarang tempua dianyam menggunakan rumput kering dan akan dianyam satu persatu sehingga sempurna. Tempua jantan mampu menganyam rumput sambil terbang! Semasa musim membiak, burung ini akan membuat bunyi bising sebagai cara komunikasi. Diet utama mereka adalah bijirin termasuk padi. Di Malaysia, burung tempua adalah spesis lindungan.

No comments:

Post a Comment