Saturday, June 23, 2012

Musim durian sudah menjelang tetapi tahun ini buah durian tidak menjadi kerana sudah dua tahun kebun tidak dibersihkan. Sejak sambung belajar ni..tak sempat nak jengok kebun. Pokok durian dah merajuk. baru hari ini dapat meluangkan masa. Nampak gayanya tak merasalah buah durian. Kalau tak boleh juga ajak kawan-kawan menjamu selera durian segar kat kebun. Tapi takpelah..InsyaAllah selepas ini kena keraplah turun kebun supaya pokok durian tak merajuk lagi. Seronok juga hujung minggu tu pakat gi..belake anak beranak berkelah kat kebun. Menikmati suasana hutan yang jauh daripada kesibukan kota. Bila duduk kat kebun ini sekurang-kurangnya dapat juga menikmati keindahan ciptaan Allah. Pokok buah-buahan pelbagai jenis yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk dinikmati oleh manusia. Mudah-mudahan nikmat pemberian Allah ini dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepadanya. Rasa buahnya yang lazat menjadikan hati kita sentiasa dekat dengan Maha Penciptanya. Harumannya yang semerbak menjadikan kita semakin bersyukur dengan nikmatnya. Duri kulitnya yang tajam mengingatkan kita agar tidak lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itulah nikmat buah durian...Renung dan fikirkanlah!!!!!!

No comments:

Post a Comment