Thursday, January 27, 2011

Power of Black Rabbit

 

 

 
Posted by Picasa

Baka black rabbit

 

 
Posted by Picasa

Aksi arnab mengawan

 

 

 

Selepas anak arnab berumur sebulan induk betina bolehlah dicampurkan semula dengan induk jantan untuk tujuan pengawanan.Tempoh masa berpantang sebulan amat sesuai untuk memberi peluang kepada induk betina membesarkan anaknya.Dalam jangkamasa ini juga dapat mengembalikan tenaga induk betina untuk proses pengawanan seterusnya.Induk jantan juga akan lebih subur dan lebih galok apabila dicampurkan dengan induk betina.
Posted by Picasa

Sarang untuk ayam bertelur

 

 

 

Bekas ayam kampung bertelur boleh dibuat daripada kayu atau pun kotak. Namun, pada zaman serba moden ini amat mudah jika sarang ayam bertelur disediakan daripada bekas plastik yang amat mudah diperolehi.Harga pun berpatutan hanya RM1.00 satu.Masa pun dapat dijimatkan untuk menyediakan sarang tersebut berbanding dengan sarang kayu.Bekas plastik juga tahan lama dan senang untuk dibersihkan apabila sarang terlalu lama atau kotor.Sarang pun kelihatan kemas dan ringkas. Keadaan ini memudahkan kita melihat ayam bertelur dan mengeram.Telur pun mudah dikutip.
Posted by Picasa

Sunday, January 16, 2011

Baka ayam hijau sedang berehat

 

 
Posted by Picasa

Baka ayam hijau belajar mengawan

 
Posted by Picasa

Baka ayam kelabu sedang tumbuh ekor

 

 
Posted by Picasa

Baka untuk dibiak

 



Ayam ini diasingkan dari ayam yang lain bagi tujuan pembiakan. Ayam ini diasingkan agar tidak bercampur dengan baka ayam
yang lain.Pengasingan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti baka ayam tersebut.Baka yang diasingkan ini ialah baka ayam
yang terbaik.Ciri-ciri ayam baka yang baik boleh dikenal pasti apabila ayam berumur enam bulan.
Posted by Picasa

Telur ayam baka untuk dibiakkan

 
Posted by Picasa

Ayam sedang menunggu makanan tengahari

 
Posted by Picasa


Ayam kampung diberikan makanan jagung pada waktu pagi.Disebelah tengahari ayam diberikan makanan nasi lebihan dari restoran.Makanan nasi boleh juga diberikan pada waktu pagi tetapi lebih baik diberikan pada sebelah tengahari kerana sesuai untuk tumbesaran ayam.Pada waktu pagi juga tidak sempat untuk memberikan makanan pada ayam kerana kesuntukan masa untuk ke tempat kerja